CELIK OTAK

isu semasa, politik, sukan, hiburan, pendidikan, agama, movie, lagu, muzik video

Hebat!! Berbasikal merentasi banjaran Titiwangsa kerana untuk berdakwah..



Wali Gerek@Wali gunung:  Beliau sungguh hebat..
Ustaz Zaki di kenali sebagai wali gerek atau wali gunung selalu berbasikal merentasi banjaran Titiwangsa dari Perlis ke Kelantan dan adakala ke Johor hanya kerana untuk berdakwah.
Beliau sungguh hebat, hanya berbekal kan basikal dhaif, beliau boleh mengayuh ke merata tempat. Sesungguh nye ini memberi pengajaran kepada kita semua.. 

Sumber : Dari grup MTB 
Ust. zaki bersama basikal nya.







Perkongsian dari FB Che Wan





Sedikit perkongsian.. 
Pada awalnya sy dan sahabat saya berkayuh basikal mengelilingi malaysia.. Sasaran 44 hari berbasikal mengelilingi negara melalui jalan pesisir pantai.. 
Sebaik tiba di tanjung piai johor kami berjumpa dgn sahabat kami yg pernah ketemu dgn ust zaki.. Dari cerita beliau buatkan sy begitu berharap utk bejumpa dgn ust zaki ini.. Jd setelah beberapa negeri kami tempuh akhirnya kami tiba di laluan jeli-gerik.. Jd sbg seorg musafir sy berdoa dan berharap sekiranya baik utk sy maka Allah perkenankan utk sy bertemu dgn ust zaki.. Alhamdulillah.. Dgn zikir x henti2 dan doa masih kekal dihati.Pkl 930mlm kami tiba di puncak titiwangsa dan sebaik sy tiba diSurau rnr titiwangsa. Alhamdulillah sy nmpk basikal ust zaki ini.. Malam tu kami x sempat berbual dgn ust.. Sbb dia mengaji dan tido awal.. Ya sy baring tido disebelah beliau.. Sehingga pkl 2 pagi sy sedar beliau dah takda di sebelah sy.. MashaAllah.. Keesokan paginya sy dan rakan meneruskan kayuhan dari puncak ttwangsa menuju ke grik.. Dgn keadaan berkabus sejuk pagi kami berkayuh.. Dlm hati sy masih x henti berdoa.. Dan selepas beberapa selekoh.. Alhamdulillah.. Kami jumpa dia ditepi jalan sedang baiki basikal beliau yg bocor hingga tayarnya koyak.. Kami berenti dan bantu beliau.. Alhamdulillah disitulah sy ambil kesempatan utk mengenali beliau dan mendapatkan apa2 yg ilmu yg bermanfaat.. Setelah siap kami bersama ust zaki meneruskan perjalanan ke bandar grik.. Kayuhan sy dan ust zaki agak perlahan maka sy dan ust zaki akhirnya berdua sahaja yg tinggal dibelakang sementara sahabat sy terus mara kedepan utk mendapatkan sedikit masa awl di bandar grik.. Jd kesempatan berdua dgn ust zaki.. Perkataan yg sering di ucapkan ust zaki apabila menempuhi jlan berbukit adalah.. "Sabar sikit,nnti kita lepas bukit ni" jd perjalanan berkali2 berenti kerana hari panas dan laluan yg berbukit.. Maka setiap kali berenti ust zaki akan baca dan huraikan satu hadis buat sy.. Alhamdulillah beliau sempat bacakan 10-12 hadith serta hujahnya dalam bahasa arab dan melayu kepada sy.. Setelah itu sy dan ust zaki mendapatkan kawan kami digrik,Kami berpisah setelah selesai solat jama' bersama di masjid bandariang,beliau beriktiqaf disitu sementara sy dan sahabat meneruskan kayuhan ke destinasi seterusnya..
0 Komentar untuk "Hebat!! Berbasikal merentasi banjaran Titiwangsa kerana untuk berdakwah.."

 
Copyright © 2014 CELIK OTAK - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info