CELIK OTAK

isu semasa, politik, sukan, hiburan, pendidikan, agama, movie, lagu, muzik video

FELDA MAHU BERDAMAI DENGAN KAFA


FELDA MAHU BERDAMAI DENGAN KAFA





Setiausaha Agung Felda United Zulkarnain Muhammad akui pihaknya masih mengharapkan rundingan damai dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dapat dilakukan bagi penyelesaian isu membabitkan Ferris Danial Mat Nasir.
Kemelut perebutan membabitkan Ferris terus berpanjangan apabila Felda United tidak berhasrat membatalkan kontrak pemain itu seperti dingini Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Selepas mengadakan perbincangan pada Jumaat, pengurusan Felda United mencapai ketetapan, dengan Ferris tetap akan beraksi bersama Felda musim ini.

Justeru, Zulkarnain berasakan usaha memujuk KAFA akan diteruskan pihaknya biarpun persatuan dari Pantai Timur itu tampak keberatan untuk berbuat demikian.

Annuar sebelum ini menyifatkan jalan keluar buat Ferris adalah membatalkan kontrak dan pemain itu kembali bersama Kelantan terlebih dahulu, namun Zulkarnain berasakan permintaan KAFA itu sebagai tidak adil buat Felda.


Sumber: stadium astro

0 Komentar untuk "FELDA MAHU BERDAMAI DENGAN KAFA"

 
Copyright © 2014 CELIK OTAK - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info